PETALING JAYA – Malaysia Building Society Berhad (MBSB) menyasarkan pembiayaan bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah kepada RM1 bilion sehingga bulan Jun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, permohonan fasa pertama FSA2 KWSP itu telah dibuka sejak April lalu dan sehingga kini nilai pembiayaannya telah mencecah kira-kira RM970 juta.
“Pada masa ini, kita melaksanakan beberapa proses berkaitan yang melibatkan pelanggan dan berharap kita berjaya mencapai RM1 bilion pembiayaan tersebut pada akhir bulan ini.
“Bagi fasa dua FSA2 KWSP pula, kita sedang berusaha untuk melaksanakannya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MBSB di ibu pejabatnya di sini semalam.

Permohonan FSA2 bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi hanya boleh dibuat menerusi dua institusi kewangan iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank.
FSA2 dilaksanakan dalam dua…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: