Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Perak mempamerkan aksi bertenaga untuk menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) 3-1 pada aksi pertama pusingan 16 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.
Berdepan lawan yang dilihat mempunyai reputasi lebih baik pada musim ini, Perak jelas tampil dengan cukup berbeza dengan kehadiran lima pemain import di kesebelasan utama.
Malah, ia merupakan kemenangan pertama Perak ke atas lawan tersebut pada tiga pertembungan terakhir melibatkan kedua-dua pasukan pada musim ini.
Kedah bagaimanapun terlebih dahulu hanya memerlukan 30 saat sahaja untuk membuka tirai jaringan selepas sepakan penjuru Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin ditanduk masuk ketua pasukan, Manuel Ott yang tidak dikawal pertahanan Perak.
Tersentak dengan jaringan pantas tersebut, anak-anak buah Yusri Che Lah tampil dengan lebih baik bagi mengawal permainan serta mencipta beberapa peluang ke arah pintu gol Kedah yang dikawal Kalamullah Al-Hafiz Mat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: