Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Resepi Apam Lenggang, Manis Berlemak & Rangup

today4 August 2023

Background
RESEPI APAM LENGGANG


Tiap kali pergi pasar malam mesti ada peniaga jual apam lenggang kan? Kalau anda tak pernah makan, apa kata cuba resepi apam lenggang perkongsian Nor Atikah Nazirah ini.

Rasa lemak manis dan rangup memang sama macam jual di pasar malam. Bahan-bahannya pun mudah sahaja. Jom cuba!

RESEPI APAM LENGGANG, MANIS BERLEMAK & RANGUP

RESEPI APAM LENGGANG

Bahan-bahan: 

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan kelapa parut (optional)
  • 1 sudu teh mauripan
  • Sedikit garam

Cara-cara penyediaan:  

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali kelapa parut.

2. Kisar semua bahan dan tapis ke dalam bekas dan tutup.

3. Perap selama satu jam. Kemudian buka dan kacau adunan.

4. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga sebati.

5. Kemudian panaskan kuali, sapu minyak dan masukkan adunan sesenduk. Lenggang-lenggangkan dan tutup.

6. Biar sehingga masak dan sedikit kekuningan. Angkat dan gulung. Sedia untuk dimakan.

Mudah saha resepi apam lenggang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Siti Aznm


Previous post