FIVE Petroleum Malaysia Sdn. Bhd. (Five) mungkin boleh dianggap terlalu baharu di negara ini dengan stesen minyak pertama mereka yang bertempat di Kalumpang, Hulu Selangor hanya membuka pintu buat pertama kali pada 1 Mac 2020.
Beberapa hari selepas itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung Covid-19 dilaksanakan di Malaysia dan meskipun negara terus dibelenggu pandemik untuk tempoh dua tahun, Five terus melaksanakan rancangan pertumbuhannya.
Kini selepas tiga tahun beroperasi, syarikat 100 peratus tempatan dari segi pegangan saham dan lembaga pengarah, malah rantaian pembekalan, vendor serta penggunaan kontraktor itu telah memiliki kira-kira 100 stesen minyak di seluruh Semenanjung.
Wartawan Kosmo!, Afifi Hafiz Mohd. Nor bersama jurugambar, Mohd. Shahjehan Maamin baru-baru ini berkesempatan bertemu Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Five, Datuk Seri King Lim Chin Fui yang bercerita mengenai strategi perkembangan syarikat, berserta pelan Road To 200 yang disasar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: