Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Waspada penipuan guna nama KSK Credit

today12 September 2023

Background


PETALING JAYA – KSK Group Berhad memaklumkan nama anak syarikatnya, KSK Credit Sdn. Bhd. telah digunakan secara tidak sah untuk menjalankan aktiviti penipuan phishing scam secara dalam talian.

Katanya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini, pihaknya telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 1 September lalu berkaitan kskcredit4u.com, iaitu sebuah laman web palsu yang mendapatkan wang daripada individu secara haram dengan alasan tawaran pinjaman.

Jelasnya, pengendali laman web tersebut, atau ejen-ejennya telah meminta mangsa membuat penghantaran wang deposit secara dalam talian untuk mendapatkan pinjaman seperti yang dijanjikan.

“Seterusnya, mangsa dimaklumkan supaya mengunjungi Bangunan KSK (ibu pejabat KSK Group) untuk mendapatkan jumlah penuh pinjaman.

“Bagi tujuan mengaburi mangsa, skim penipuan ini telah menggunakan nombor lesen berdaftar KSK Credit Sdn. Bhd. yang sah di dalam laman web tersebut, bersama dengan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post