Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Kampus keempat City University di Cyberjaya beroperasi Januari depan

today14 September 2023

Background


PETALING JAYA – City University Malaysia (City University) bakal melebarkan sayap dalam bidang pendidikan tinggi negara dengan pembukaan cawangan keempatnya di Cyberjaya tahun hadapan.

Timbalan Naib Canselor Kanan (Perkhidmatan Korporat & Kelestarian) & Pendaftar, Dr. Rosnizah Shaari, berkata, kampus baharu itu dijangka beroperasi seawal Januari dengan menempatkan beberapa fakulti baharu selaras dengan usaha untuk menambah bilangan pelajar sedia ada.

Jelasnya, ketika ini, City University mempunyai kira-kira 7,500 orang pelajar termasuk kira-kira 3,000 pelajar antarabangsa.

“Ketika ini kebanyakan pelajar di tempatkan di tiga kampus iaitu, Petaling Jaya, Johor Bahru dan Kota Kinabalu. Dengan pertambahan kampus baharu ini beberapa fakulti akan dipindahkan ke Cyberjaya.

“Antaranya termasuklah Fakulti Industri Kreatif, Fakulti Hospitaliti dan Pelancongan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Seni Bina dan Alam Bina dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,” katanya ketika ditemui di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI


Previous post