Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Buriram United Enggan Lepaskan Pemain Ke Skuad Thailand

today3 October 2023

Background
Thailand Filipina


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Peminat bola sepak Thailand hari ini terkejut dengan pengumuman senarai pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan negara itu untuk aksi persahabatan antarabangsa bulan Oktober.

Artikel Berkaitan:

Beberapa tonggak utama seperti Theerathon Bunmathan, Teerasil Dangda, Chanathip Songkrasin, Sarach Yooyen, Supachai Chaided dan Pansa Hemviboon tiada dalam senarai kali ini dipercayai tidak dapat pelepasan daripada pemilik kelab Buriram United dan BG Pathum United akibat jadual padat.

Selain Liga Thailand, Buriram United dan BG Pathum United turut terlibat dalam saingan AFC Champions League musim ini.

Turut tidak dipanggil ialah Supachok Sarachat yang bersama kelab Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo dan Suphanat Mueanta dari kelab Belgium, OH Leuven.

Situasi itu sekaligus menjejaskan persiapan Thailand bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung pada bulan November ini.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post

Sukan

Berjuanglah demi maruah lawan Pakistan

Hangzhou: 'China yang membantu Malaysia, China juga membuatkan kita menangis.' Selepas tiga perlawanan pertama, skuad hoki lelaki negara berada pada landasan tepat untuk menjadi juara Kumpulan B selepas tidak berdepan masalah 'membuli' Thailand, Oman dan Indonesia.

today3 October 2023