Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Malakoff cadang bina projek solar berkapasiti 500 MT bernilai RM2.5 bilion

today4 October 2023

Background


KUALA LUMPUR – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menyasarkan untuk memba­ngunkan projek solar berkapasiti 500 megawatt (MW) dalam Kumpulan Syarikat Albukhary untuk tempoh lima tahun dengan nilai pelaburan RM2.5 bi­lion.

Cadangan projek tersebut bakal dicapai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai Malakoff bersama pelabuhan-pelabuhan di bawah Syarikat Kumpulan MMC semalam.

Ia bertujuan untuk meneroka potensi kolektif melalui kerjasama dan penerokaan peluang perniagaan dalam pelbagai inisiatif tenaga hijau, melibatkan pelaburan RM350 juta.

Pelabuhan di bawah MMC adalah Northport (Malaysia) Bhd., Johor Port Berhad, Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. dan Penang Port Sdn. Bhd.

Melalui MoU berkenaan, Malakoff dan pelabuhan-pelabuhan MMC bersedia untuk memulakan kerjasama transformasi dalam Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP) yang mana Malakoff akan memainkan peranan sebagai pengeluar kuasa solar, manakala pelabuhan sebagai pengguna korporat.

Dalam program solar atas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

Aiman syukur pacu JDT

Johor Bahru: Pemain sayap kanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi bersyukur selepas dua gol dihasilkannya memastikan kemenangan 4-2 menewaskan kelab dari Thailand, BG Pathum United pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Pathum Thani, Bangkok, malam semalam.

today4 October 2023