Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MD MAHB, Iskandar Mizal letak jawatan 

today6 October 2023

Background


PETALING JAYA – Pengarah Urusan (MD) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood telah meletakkan jawatan ekoran kontraknya yang akan berakhir pada 24 Oktober ini.

Beliau mula dilantik sebagai MD dalam kumpulan tersebut pada 25 Oktober 2021.

Sepanjang dua tahun beliau dalam kumpulan tersebut, Iskandar telah melaksanakan pelbagai transformasi yang telah menyumbang kepada pertumbuhan MAHB seterusnya menyumbang kepada trajektori kestabilan dengan memulihkan prestasi kewangan syarikat ekoran terkesan daripada pandemik lalu.

“Lembaga pengarah MAHB melahirkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan dan kepimpinan beliau sepanjang berada di dalam Kumpulan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dalam masa yang sama, lembaga pengarah mengumumkan Ketua bakal  memulakan tugasnya sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 25 Oktober ini.

Mohamed Rastam mula menyertai MAHB sebagai CFO pada 1 Januari 2020. -KOSMO!ONLINE



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Hiburan Semasa

Rizalman dilantik Profesor Adjung ACIS, UiTM

Kuala Lumpur: Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, 52, dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuat kuasa 13 Ogos lalu hingga 30 Julai 2025. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today6 October 2023