Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

PCG bina loji kitar semula kimia termaju, terbesar Asia

today9 October 2023

Background


PETALING JAYA – Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) telah mencapai keputusan pelaburan akhir (FID) untuk membina loji kitar semula kimia termaju yang terbesar di Asia dengan kapasiti 33 kilotan setahun (ktpa).

Loji tersebut yang bakal dibangunkan di Pengerang, Johor, dijangka beroperasi pada separuh pertama 2026.

Ia akan menggunakan teknologi terpaten Plastic Energy Limited (Plastic Energy) untuk menukarkan plastik akhir hayat kepada minyak pirolisis, yang boleh digunakan untuk menghasilkan plastik kitar semula.

Pengumuman FID berkenaan diikuti dengan pemeteraian Perjanjian Lesen Teknologi (TLA) antara anak syarikat PCG dan Plastic Energy serta penganugerahan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) kepada Mutiara Etnik Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mohd. Yusri Mohamed Yusof berkata, melalui loji kitar semula kimia termaju ini, pihaknya mempunyai visi untuk memacu inovasi merentasi rantaian nilai plastik di samping mewujudkan peluang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Hiburan Semasa

Azharina nafi kurang ajar

Shah Alam: Penyanyi, Azharina menafikan dia bersikap kurang ajar ketika menjawab komen juri selepas selesai persembahannya membawakan lagu Sayang Disayang pada konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV) di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today9 October 2023