Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

1 bilion tambahan skim AHB beri peluang bumiputera menyimpan, melabur

today17 October 2023

Background


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah melancarkan satu bilion unit tambahan Skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk langganan umum.

Anwar berkata, penambahan unit tersebut adalah kali kelima dilakukan sejak AHB dilancarkan pada 2010 menjadikan jumlah unit terkumpul AHB sebanyak lima bilion unit.

Dengan penambahan itu katanya, ia sekali gus meningkatkan komitmen Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) untuk memberikan peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera untuk mempunyai pemilikan benefisial (syer) ke atas pasaran hartanah di lokasi-lokasi utama.

“Hari ini saya luncurkan satu bilion skim tambahan AHB, ini merupakan lonjakan yang agak besar, meningkatkan saiznya menjadi lima bilion unit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Unit Tambahan 1 Bilion Dana AHB di sini hari ini.

Pada majlis sama, Anwar yang juga Pengerusi Yayasan AHB (YAHB) turut mengumumkan jumlah pelaburan maksimum yang sebelum ini dihadkan kepada RM500,000…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI


Previous post

Hiburan Semasa

Nadhir Nasar lantang sokong Palestin

Kuala Lumpur : Pelakon, Nadhir Nasar, 27, tidak bimbang jika pendapatnya menyokong Palestin memberi kesan terhadap pembabitan kerjasama dengan mana-mana jenama produk antarabangsa. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today17 October 2023