PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) melalui anak syarikatnya, PEPS-JV (Melaka) Sdn. Bhd. telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Great Wall Motor Sales Malaysia Sdn. Bhd. (GWM Malaysia), anak syarikat Great Wall Motor Co., Ltd. (GWM), untuk pemasangan dan pembuatan tempatan di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPMB, Ahmad Razlan Mohamed berkata, melalui kerjasama tersebut, pihaknya dan GWM Malaysia akan bekerjasama untuk memuktamadkan perjanjian dalam tempoh tiga bulan akan datang dengan tujuan memberi peranan penting kepada EPMB untuk memasang model-model GWM yang terpilih secara tempatan.
Model-model yang dipasang, dijangka melibatkan model terkemuka seperti GWM SUV, trak pikap dan kenderaan elektrik (EV) yang canggih.
“Kerjasama ini merupakan langkah strategik ke arah memajukan pemasangan kenderaan tempatan, sejajar dengan visi kerajaan Malaysia untuk meningkatkan keupayaan automotif dan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: