Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Shakilla Khoriri ‘Warning’ Fizi Ali Selepas Mulut Anak Kena Tekup Dalam Gambar Nikah

today24 October 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Penyampai radio, Fizi Ali telah mengumumkan pernikahannya bersama wanita pilihan hatinya, Siti Zulaikha selepas dua tahun menduda semalam.

Berikutan hal itu, Shakilla Khoriri iaitu bekas isterinya mengakui terkejut dengan perkhabaran berita terbabit kerana dia baru saja bertemu dengan Fizi untuk mengambil anak mereka.

Menurut laporan, Shakilla hanya mengetahui bahawa Fizi mengambil anak mereka untuk ke taman tema tetapi tidak sangka dia mengambil Ameena untuk ke majlis nikahnya.

Tambahnya, seharusnya bekas suaminya tidak perlu menipu dan berterus-terang saja walaupun jika enggan menjawab pertanyaan orang ramai.

Dalam pada masa yang sama, dia meluahkan rasa kurang senang melihat muka anak perempuannya ditekup dalam foto nikah Fizi.

“Ini adalah benda-benda yang saya tak suka tengok, sebagai seorang ibu saya tak senang tengok. Jangan sakiti anak saya!” ujar Shakilla.

Namun, Shakilla tetap mendoakan kebahagiaan buat Fizi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nur Syamimi


Previous post

Sukan

Maignan sedia sekat PSG

Paris: Pertembungan Paris Saint-Germain dengan AC Milan dalam aksi Liga Juara-Juara Khamis ini bakal menyaksikan kelab Perancis itu berdepan bekas pemain berbakat mereka yang dilepaskan beberapa tahun lalu.

today24 October 2023