Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Datasonic pacu inovasi, transformasi digital dalam pembangunan modal insan

today30 October 2023

Background


KUALA LUMPUR – Dataso­nic Group Berhad (Datasonic), ­penyedia penyelesaian teknologi, komunikasi dan informasi (ICT) berasaskan keselamatan terkemuka, komited untuk memacu inovasi dan transformasi digital dalam pembangunan modal insan.

Ketua Projek Khas Datasonic, Datuk Syahril Abdullah berkata, syarikat itu telah bergan­ding bahu dengan Virtual Tech Frontier, pemain dinamik dalam landskap teknologi maya untuk menghasilkan penyelesaian tercanggih yang akan mengubah cara organisasi mendekati pembangunan tenaga kerja.

“Perkongsian ini memainkan peranan penting dalam menunjukkan aplikasi dunia sebenar teknologi Metaverse dalam bidang sumber manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam kenyataan bersempena Persidangan dan Pameran Mo­dal Insan Kebangsaan 2023 (NHCCE 2023) yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Pusat Pameran dan Perdaga­ngan Antarabangsa (MITEC) di sini.

Syahril berkata, penyertaan Datasonic di NHCCE 2023 adalah bukti komitmennya untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post