PETALING JAYA – Orang ramai khususnya yang memiliki pembiayaan berasaskan kadar apungan bakal menarik nafas lega apabila beberapa penganalisis tempatan meramalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada kadar tiga peratus.
Esok BNM dijadualkan mengeluarkan Pernyataan Dasar Monetari ke-6, yang juga yang terakhir tahun ini.
Penganalisis ekonomi berpandangan bahawa tiada sebarang keperluan bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan lagi kadar tersebut.
Jika kadar tersebut dinaikkan oleh bank pusat, sekali gus jumlah pembayaran pinjaman bulanan akan turut meningkat dan ini akan menjejaskan lagi bajet bulanan serta menambah beban kepada sara hidup yang terus bertambah kini.
Ketua Penganalisis Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar OPR bakal dikekalkan pada paras tiga peratus.
“Kadar inflasi yang semakin merosot menandakan bahawa tiada keperluan untuk menaikkan OPR…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: