Lebih 40,000 penyokong dijangka akan membanjiri Stadium Sultan Mizan malam esok sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 antara Terengganu menentang KL City.
Artikel Berkaitan:
Malah, pihak Terengganu FC (TFC) turut mengajak para penyokong bersatu hati mempamerkan bendera Palestin dari kawasan tempat duduk masing-masing sebagai tanda solidariti sebelum perlawanan bermula.
Rakyat Palestin ketika ini berdepan krisis ‘pembunuhan beramai-ramai’ selepas serangan berterusan tentera rejim zionis Israel.
“Terengganu FC ingin membuat seruan untuk seluruh penyokong yang hadir untuk kita sama-sama pamerkan aura yang berbeza. Kita pastikan aura dan lontaran suara kita dapat didengari dari Besut hingga ke Kemaman! 90 minit gema sorakan tanpa henti.
“Seluruh Penyokong di stadium mencipta sejarah untuk sama-sama mengangkat bendera Palestin sebagai simbolik solidariti terhadap apa yang berlaku atas dasar keamanan dan kemanusiaan semasa lagu Negaraku…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: