Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Instafamous Tempatan Didenda RM400 Selepas Mengaku Bersalah Mencuri Ubat Gigi Dan Sayur Brokoli

today3 November 2023

Background


Hanya kerana mencuri barang keperluan di sebuah pasar raya dengan jumlah keseluruhannya RM100.18, seorang instafamous wanita terpaksa menanggung padah didenda RM400.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap pempengaruh Rumaisyah Yahya, 31 yang mengaku bersalah mencuri.

Artikel Berkaitan:

Antara barangan yang dicuri adalah pewangi bilik, ubat gigi, sabun mandi, air kotak, sayur brokoli dan penyangkut baju di sebuah pasar raya di pusat beli-belah terkemuka di Jalan Ampang di sini, pada 4.30 petang, semalam.

Berdasarkan laporan Harian Metro, pertuduhan itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda bagi kesalahan kedua, tertuduh boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat.

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara bermula tarikh tangkap dan penjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Menurut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar yoga telah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Sukan

Gerila ELN sedia lepaskan bapa Diaz

Bogota: Seorang wakil gerila Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN) Colombia berkata kumpulan itu akan membebaskan bapa bintang bola sepak Liverpool Luis Diaz, beberapa hari selepas menculiknya di utara Colombia.

today3 November 2023