Pada hari Jumaat lalu, seorang lelaki mendakwa kakitangan Menara Berkembar Petronas berkenaan bersikap pilih bulu dengan memberi layanan istimewa dan mendahulukan satu pasangan ‘mat saleh’ untuk menaiki Skybridge KLCC, walaupun dia telah mendapat slot dan menunggu lebih awal.
Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan menara berkenaan telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf menerusi akaun Facebook rasminya susulan dakwaan tersebut.
Pengurusan menara itu dalam satu kenyataan berkata, mereka sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
“Pihak pengurusan operasi lawatan Menara Berkembar Petronas ingin memohon maaf atas insiden yang telah berlaku.
“Kami memandang berat perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dengan kadar segera. Kami akan memastikan hal ini tidak berulang lagi. Segala kesulitan amat kami kesali,” menurut kenyataan tersebut.
Terdahulu, hantaran Facebook Shamsuddin Nawi kenali sebagai Shamsuddin Nawi menyatakan beratur pada jam 11.30 pagi dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: