Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 24 pemain yang telah dipanggil oleh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya B-23, Juan Torres Garrido bagi menyertai kem latihan pusat bermula 13 hingga 21 November 2023.
Artikel Berkaitan:
Kem latihan tersebut adalah sebagai persiapan menjelang kempen Piala Asia B-23 2024 yang dijadualkan berlangsung April depan.
Berdasarkan senarai itu, 17 daripada 23 pemain skuad Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand pada 6 hingga 12 September lalu telah dikekalkan.

Sementara itu, lima muka baharu yang dipanggil kali ini adalah Daryl Sham K. K. George, Muhammad Firdaus Ramli, Muhammad Aiman Khairul Yusni, Muhammad Firdaus Ahmad Fuad dan Adam Farhan Mohd Faizal serta dua pemain daripada senarai ke Kejuaraan B-23 AFF 2023 iaitu Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri dan Muhammad Abu Khalil.
Turut dipanggil ialah pemain yang berpengkalan dari luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin.
Ini adalah kem latihan pertama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: