Pelumba motosikal negara, Syarifuddin Azman memulakan saingan Petronas Grand Prix (GP) of Malaysia 2023 dengan catatan masa kurang meyakinkan pada hari ini.
Beraksi dalam kategori Moto3, Syarifuddin atau lebih mesra dengan panggilan ‘Damok’ mencatatkan masa dua minit 14.258 saat (s) dalam ujian bebas pertama untuk menduduki tempat ke-23.
Artikel Berkaitan:
Catatan tersebut kemudiannya gagal diperbaiki oleh pelumba pasukan MT Helmets – MSI itu yang hanya mencatatkan dua minit 14.598s.
Catatan masa yang meletakkan pelumba berusia 21 tahun itu di kedudukan ke-26 daripada 28 pelumba dalam kategori tersebut.
Pendahulu keseluruhan saingan Moto3, Jaume Masia dari pasukan Leopard Racing mengungguli sesi latihan bebas pertama dengan catatan dua minit 12.065s.
Manakala, latihan berikutnya menjadi milik pelumba Jepun, Taiyo Furusato dengan masa dua minit 12.518s.

Sementara itu seorang lagi pelumba negara iaitu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: