Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Francesco Bagnaia Raih Petak Pertama

today11 November 2023

Background
Francesco Bagnaia


Pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia bakal memulakan perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di petak pertama selepas berjaya mengungguli sesi kelayakan yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, sebentar tadi.

Ia merupakan ‘pole position’ pertama buat Bagnaia selepas kali terakhir melakukannya pada GP Catalan yang berlangsung pada awal September lalu.

Artikel Berkaitan:

Bagnaia yang merupakan juara bertahan serta pendahulu keseluruhan menjelmakan tunggangan cemerlang di permukaan trek kering sekali gus mencipta rekod terpantas dengan satu minit  57.491 saat (s).

Catatan yang dirakamkan pada pusingan terakhir (ketujuh) itu menyaksikan pelumba berusia 26 tahun tersebut meninggalkan pencabar terdekatnya, Jorge Martin hanya dengan kelebihan 0.058s.

Martin terlepas peluang untuk memperbaiki catatan masa tersebut selepas beliau terlibat dalam kemalangan pada pusingan terakhir.

Perseteruan antara Francesco Bagnaia dan Jorge Martin jelas amat menarik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Mike pertahan kejuaraan dunia

Kuala Lumpur:Jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah terus mengeggarkan pentas antarabangsa apabila merangkul kejuaraan pada Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik 2023 yang berlangsung di Wonju City, Korea Selatan semalam.

today11 November 2023