PETALING JAYA – Lebih separuh daripada perwakilan pada forum anjuran firma perkhidmatan profesional, KPMG baru-baru ini menggemari pelaksanaan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berbanding keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Lebih 600 delegasi menghadiri forum Sidang Kemuncak Cukai dan Perniagaan KPMG, yang meliputi pelbagai isu perniagaan melalui pertukaran yang membina antara profesional perniagaan dan pembuat dasar.
Daripada dialog yang diadakan, yang termasuk tinjauan langsung, hanya 17 peratus perwakilan menyokong kenaikan kadar SST bermula 1 Mac 2024 daripada enam peratus kepada lapan peratus, manakala 32 peratus lagi menentang.
Sementara 51 peratus daripada perwakilan yang ditinjau menyatakan keutamaan mereka adalah untuk pengenalan semula GST bagi menggantikan kenaikan kadar SST.
Mengulas keputusan berkenaan, Ketua Cukai KPMG di Malaysia, Soh Lian Seng berkata, sentimen itu menggariskan cabaran yang dihadapi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: