PETALING JAYA – Kumpulan AmBank telah menyediakan kemudahan pembiayaan bernilai RM512 juta kepada Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) untuk membangunkan projek perumahan utama di Malaysia Vision Valley 2.0 yang terletak di antara Selangor dan Negeri Sembilan seluas 552 hektar.
Projek Malaysia Vision Valley 2.0 adalah usaha sama antara N9 Matrix Development Sdn Bhd, anak syarikat Matrix Concepts Holdings dengan syarikat milik kerajaan negeri Negeri Sembilan iaitu NS Corporation yang dianggarkan memiliki nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM 7 bilion.
Projek mega itu sedang dalam pembinaan dan akan mengambil masa selama 10 tahun untuk menjadi metropolis bertaraf dunia yang berdaya saing dan inklusif dengan penekanan yang kuat terhadap penggunaan teknologi bersih.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, pihaknya teruja menjadi jurubank utama untuk projek Matrix Concept dan perkongsian ini menandakan kejayaan penting…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: