PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bercadang untuk membuka sembilan lagi kedai serbanekanya iaitu Pos Shop di beberapa lokasi strategik termasuk di Pahang, Selangor, Johor dan Melaka menjelang akhir tahun ini.
Ia bertujuan untuk menawarkan pengalaman dalam kedai dan kemudahan runcit yang menarik sambil berkhidmat kepada komuniti di seluruh negara.
Ketua Pegawai Transformasi dan Digital Kumpulan Pos Malaysia, Sumesh Rahavendra berkata, sebagai permulaan, pihaknya telah melancarkan kedai serbaneka Pos Shop keduanya yang terletak di lokasi strategik di Brickfields, Kuala Lumpur semalam.
Pos Shop baharu ini bersepadu dengan Pos Laju Brickfields sedia ada yang merangkumi lebih 1,100 kaki persegi ruang runcit.
Menurut Sumesh, satu tambahan istimewa untuk cawangan Pos Shop Brickfields ini adalah pengenalan Pos Kafe, yang menawarkan pelanggan pelbagai makanan dan minuman sedia dimakan (RTE) di ruang makan selesa yang disediakan atau dibawa pulang.
“Pelancaran ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: