Selepas digantung seumur hidup dari saingan bola sepak Malaysia, bekas pemain pertahanan Selangor iaitu Yazan Al-Arab kini menemui sinar baharu apabila beliau sah menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Liga Iraq iaitu Al-Shorta.
Perkara ini diumumkan oleh Al-Shorta di laman media sosial rasmi kelab baru-baru ini dimana Yazan bakal membawa cabaran kelab itu yang ketika ini menduduki tangag ketiga dalam Liga Iraq.
Artikel Berkaitan:
Yazan menjadi perbincangan peminat bola sepak tanah air selepas beliau digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan dan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya di Malaysia.
Hukuman ini dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas Yazan Al-Arab didapati telah melanggar Artikel 51, perenggan 1(a) dan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM kerana telah meluru ke arah Pengadil Perlawanan sambil mengeluarkan kata-kata…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: