Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Yasin Sulaiman Dibebaskan Daripada 3 Tuduhan Dadah Namun Perlu Ke Hospital Bahagia

today29 November 2023

Background


Yasin Sulaiman yang merupakan seorang penyanyi dan komposer boleh menarik nafas lega pada hari ini apabila dibebaskan atas tiga tuduhan kes dadah.

Menurut hakim, Faiz Dziyauddin, beliau mengarahkan penyanyi berusia 48 tahun itu ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Yasin diarah membela diri pada 3 Oktober lalu atas tiga kes dadah selepas mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes mereka.

Sumber: Selangor Kini

Pada 15 September lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, memaklumkan menutup kes selepas selesai pemeriksaan semula terhadap pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ketika itu, Inspektor Muhammad Amirul Mukmin Aziz.

Muhammad Yasin didakwa memberikan dirinya dadah di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam, 24 Mac tahun lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hairi Ariff


Previous post