PETALING JAYA – Model sedan terbaharu Proton, S70 mencatatkan peningkatan jumlah tempahan sebanyak tiga kali ganda selepas pelancaran dan pengumuman harganya pada 28 November lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, tempahan S70 kini melepasi angka 900 unit seminggu dengan jumlah tempahan keseluruhan lebih 3,000 unit, yang memperlihatkan model berkenaan dan keupayaannya untuk memenuhi permintaan pasaran di Malaysia.
“Bulan November merupakan tempoh yang baik buat syarikat, sambil pihaknya bersedia untuk menutup tahun 2023 dengan kukuh.
“Barisan model kami merupakan pemain utama yang sempurna dan sejajar dengan keutamaan untuk gaya, prestasi, teknologi dan praktikaliti.

“Penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan selepas jualan telah mengukuhkan keyakinan pelanggan dan memastikan proses pemilikan yang lancar.
“Kami yakin untuk mengakhiri tahun ini dengan kukuh dan terus menyerahkan kereta ke tangan pelanggan sebelum tahun ini berakhir,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: