CYBERJAYA – Industri pengurusan haji dan umrah yang semakin mendapat tempat dalam kalangan syarikat tempatan telah memberi ruang dan peluang kepada pembangunan bakat-bakat baharu khususnya dalam bidang pengurusan selain keperluan terhadap mutawif dan mutawiffah.
Menyedari potensi tersebut YEG Academy dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Inovatif telah melancarkan Program Based-Work Learning Diploma Pengurusan Haji dan Umrah serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji dan Umrah.
Buat masa ini, akademi tersebut telah melahirkan 169 graduan sulung daripada program tersebut sulung dengan majlis konvokesyennya adalah pada hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Inovatif, Abdul Rahman Kasbi berkata, buat masa ini seramai 816 pelajar sedang mengikuti pengajian selama dua tahun setengah.
Menurut beliau, modul pendidikan di bawah diploma tersebut telah diinovasi khususnya untuk memastikan pelajar mendapat peluang untuk melakukan latihan industri di Mekah dan Madinah.

“Selain…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: