Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Dakwaan Subsidi Diesel Dihapuskan Mulai Januari 2024 Tidak Benar’

today13 December 2023

Background


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini menafikan dakwaan di media sosial, yang kononnya subsidi diesel akan dihapuskan bagi penggunaan kenderaan bermula 1 Januari depan.

Menerusi kenyataan terkini, KPDN menegaskan bahawa dakwaan itu tidak benar dan sebaliknya kementerian itu sedang melaksanakan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel.

Artikel Berkaitan:

Ini bakal melibatkan enam syarikat yang menerima kuota bagi skid tank, yang akan tamat tempoh pada 14 Jan ini. Menurut kenyataan itu, projek rintis berkenaan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu.

“Proses pengujian ini perlu dilaksanakan bagi melihat kecekapan sistem yang dibangunkan, agar ia benar-benar menepati spesifikasi dan matlamat penyasaran semula subsidi diesel, seperti mana yang dirancang.

“KPDN berharap agar tidak ada mana-mana pihak menghebahkan sesuatu perkara yang tidak jelas dan boleh mengelirukan orang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Luar Negara

Kerem Shalom dibuka untuk periksa trak bantuan

Gaza: Konvoi 80 trak bantuan untuk Gaza dihantar dari Mesir ke lintasan Kerem Shalom untuk pemeriksaan selepas sistem pemeriksaan baharu dibuka dalam usaha untuk mempercepatkan penghantaran bantuan. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 December 2023