Negara kita pada bulan ini digemparkan dengan misteri kematian seorang kanak-kanak iaitu Zayn Rayyan Abdul Mattin yang ditemui pada 6 Disember lalu. Kematian yang berlaku telah menimbulkan pelbagai spekulasi serta persoalan daripada pelbagai pihak.
Terbaharu, dilaporkan dua saksi mendakwa ada ternampak Zayn Rayyan Abdul Matiin kira-kira 5 jam selepas kanak-kanak itu itu disedari hilang oleh ibunya kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 5 Disember.

Dua saksi berkenaan dikatakan ada terlihat mangsa di tingkat dua dan tiga Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai dalam keadaan berseorangan.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dua saksi berkenaan memaklumkan ada terlihat Zayn Rayyan antara jam 5 hingga 5.30 petang pada hari terbabit.
Menurutnya, kedua-dua saksi yang memberi petunjuk baharu itu dapat dikesan melalui pemeriksaan pintu ke pintu membabitkan penduduk Apartment Idaman di sini sejak 8…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: