Demi menjamin masa hadapan yang baik, gadis bawah umur warga Rohingya sanggup melakukan perjalanan jauh lari dari negara asal mereka untuk mencari perlindungan dengan berkahwin dengan warga tempatan.
Menurut laporan Associated Press, keadaan di Myanmar dan kem pelarian di negara Bangladesh semakin buruk, jadi mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada lari ke Malaysia untuk perkahwinan yang telah diatur dengan lelaki Rohingya.
Artikel Berkaitan:
Semua gadis yang ditemu bual AP berkata, suami jarang membenarkan mereka keluar. Mereka juga dipukul dan dirogol semasa dalam perjalanan ke Malaysia, sebahagian lagi pula berkata mereka didera oleh suami. Separuh kanak-kanak perempuan hamil atau mempunyai bayi, walaupun kebanyakannya tidak bersedia untuk menjadi ibu.
Kebanyakan gadis ini perlu membayar sehingga RM18,000 untuk melakukan perjalanan daripada Myanmar ke Malaysia. Wang itu bukan sahaja untuk menampung kos perjalanan, tetapi sebahagian daripada janji bahawa masa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: