Seramai 24 pemain telah dipanggil oleh ketua jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido bagi menyertai kem latihan pusat bermula 19 hingga 27 Disember 2023.
Ia adalah sebahagian daripada persiapan menjelang kempen Piala Asia B-23 2024 yang dijadualkan berlangsung di Qatar, April tahun depan.
Artikel Berkaitan:
Para pemain akan melapor diri pada Selasa ini, 19 Disember 2023 sebelum dijadual berlepas ke Shanghai, China pada Khamis, 21 Disember 2023 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 menentang China B-23 di sana pada Sabtu, 23 Disember dan Selasa, 26 Disember 2023, sebelum kembali ke tanah air pada hari berikutnya.

Tiga pemain yang tidak menyertai kem latihan pusat terdahulu pada 13 hingga 21 November 2023 berada dalam senarai iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, Ruventhiran dan Alif Zikri Zaini Anuar bagi mengisi ketiadaan Ubaidullah Shamsul Fazili, Adam Farhan Mohd Faizal dan Haqimi Azim Rosli yang tidak dapat menyertai kem kali ini kerana…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: