Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan salah satu sekolah berasrama penuh yang terkemuka di Malaysia. Sekolah asrama itu mengutamakan golongan B40 menjadi pelajarnya.
Baru-baru ini Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan ibu bapa supaya tidak menipu pendapatan untuk dikategorikan dalam golongan B40 supaya anak mereka diterima memasuki MRSM.
Artikel Berkaitan:
Menurutnya, tindakan tersebut memberi kesan kepada pelajar miskin lain kerana hak mereka telah diambil.
“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM.
“Kesian kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang miskin yang lain,” tegurnya di Facebook.
Memetik Buletin TV3, Dr Wajdi dilaporkan berkata, tidak pernah ada dasar menyatakan hanya pelajar miskin boleh memasuki MRSM sejak penubuhan institusi pendidikan itu, tetapi keutamaan tetap diberikan kepada anak daripada golongan berpendapatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: