Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gempa Bumi 7.4 Magnitud Melanda Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

today1 January 2024

Background
Gempa Bumi 7.4 Magnitud Melanda Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan


Gempa bumi berkuasa 7.4 magnitud telah melanda barat Jepun, lapor Agensi Meteorologi Jepun (JMA). Gempa itu berlaku pada pukul 4:10 petang waktu tempatan di Noto, Wilayah Ishikawa.

Bencana alam itu telah mengaktifkan amaran tsunami di beberapa lokasi; Ishikawa, Niigata, Toyama, Yamagata, Fukui dan Hyogo di sepanjang pantai Laut Jepun, lapor penyiar NHK Jepun.

Artikel Berkaitan:

Memetik Reuters, Hokuriku Electric Power berkata ia sedang memeriksa sebarang gangguan di loji tenaga nuklearnya, lapor NHK.

Gegaran gempa yang melanda pada Hari Tahun Baru, turut dirasai di Tokyo dan di seluruh kawasan Kanto.

Berita ini masih lagi dikemas kini mengikut perkembangan semasa.

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Rekod dunia baharu pakai seluar dalam terpantas

Sydney: Seorang lelaki di Australia, baru-baru ini, memecahkan Rekod Dunia Guinness (GWR) yang luar biasa bagi kejayaan memakai 10 seluar dalam tempoh terpantas dengan catatan masa 13.03 saat. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today1 January 2024