Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

RTM Sah Tayang Perlawanan Piala Asia 2023 Mulai 12 Januari 2024

today3 January 2024

Background
Piala Asia


Berita baik buat peminat bola sepak tanah air apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan perlawanan Piala Asia 2023 di Qatar bermula 12 Januari ini.

Perkembangan itu diumumkan oleh  Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selepas menjawab soalan mengenai sama ada RTM akan menyiarkan pertandingan terbabit atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

“Saya ingin maklumkan mengenai Piala Asia 2023, ada beberapa pihak bertanya adakah ia akan disiarkan di RTM.

“Jawapannya ialah ya ia akan disiarkan bermula 12 Januari dan saya sudah mendapatkan pengesahan daripada pihak berwajib dan insya-Allah ia akan disiarkan,” katanya.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai jumlah perlawanan yang disiarkan akan dimaklumkan oleh pihak RTM nanti.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post