Dua beradik berjaya diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri selepas dikesan mengutip sumbangan mencecah RM12,000 sebulan dengan menyanyi di hadapan sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir di sini.
Difahamkan operasi kira-kira pukul 12 tengah malam tadi, kedua-dua mereka yang diselematkan berusia 13 dan 15 tahun.
Artikel Berkaitan:
Lebih mengejutkan, ibu kepada kanak-kanak tersebut berusia 40-an bagaimanapun muncul kira-kira lima minit kemudian selepas melihat anaknya disoal siasat dan mendakwa mereka hanya membantunya mencari pendapatan untuk keluarga.
Pengarah JKM Melaka, Zulkifli Hanifah berkata, hasil siasatan awal kanak-kanak tersebut dipercayai telah melakukan aktiviti berkenaan sejak empat tahun lalu dan berada di lokasi pada setiap hari bermula pukul 8.30 malam sehingga 3 pagi.
Katanya lagi, kanak-kanak tersebut akan bernyanyi dan meraih sumbangan orang ramai dengan kutipan hari biasa mencecah RM300 sehingga RM600 pada hujung minggu.
“Kita…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: