Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dari Jutawan Ke Penjual Roti Tepi Jalan, Ini Kisah Bagaimana Lelaki Ini Muflis

today11 January 2024

Background


Seorang lelaki yang dulunya kaya raya, banyak harta, kehidupan senang kini bertukar menjadi seorang penjual roti di tepi jalan setelah beliau muflis dan hidup dengan berhutang.

Sirivat Voravetvuthikun, merupakan simbol semangat keusahawanan Thailand. Beliau bermula sebagai broker saham di pelbagai bursa saham Asia selepas tamat pengajian di Amerika Syarikat pada tahun 1970-an. Selama belasan tahun sebagai broker saham, dia berjaya menjana wang yang banyak dan dinobatkan sebagai salah seorang bilionair di Thailand.

Malangnya, apabila krisis ekonomi 1997 berlaku di Thailand, ekonomi Sirivat juga turut merudum. Dalam laporan VoA, pelaburan yang dia miliki selama berpuluh-puluh tahun lebur.

Tidak cukup dengan itu, dia kemudiannya ditindih dengan hutang yang banyak sehingga mencecah AS$ 30.4 juta dan disaman sana sini oleh pemiutang kerana tidak mampu membayar hutang. Disebabkan keadaan itu, dia kemudiannya diisytiharkan muflis.

Bagaimanapun, dia tidak kecewa lama. Sirivat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post