Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Lapan projek terima geran Program Komuniti Merdeka 118

today12 January 2024

Background


PETALING JAYA – Program Geran Komuniti Merdeka 118 telah memasuki pusingan kedua dengan lapan projek telah terpilih untuk melaksanakan aktivitinya bagi memberi impak kepada masyarakat.

Program Geran tersebut telah dilancarkan pada bulan Jun tahun 2021 oleh PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PMVSB) iaitu anak syarikat Permodalan Nasional Berhad dengan kerjasama Think City Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai PMVSB, Tengku Datuk Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata, menerusi projek yang terpilih, pihaknya bukan sahaja menyampaikan geran kepada projek baharu tetapi juga dapat menyokong projek sedia ada daripada pusingan pertama program untuk memastikan kemajuan dan kejayaan berterusan.

“Daripada menyediakan pe­luang pekerjaan untuk me­ningkatkan kualiti kehidupan dan meraikan budaya dan wa­risan, kami bertekad untuk meneruskan usaha ini demi pembangunan presint Merdeka 118 dengan komuniti yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Tengku Ab. Aziz menjelaskan,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Peluang City tekan Liverpool

London: Manchester City berpeluang merapatkan jurang dengan Liverpool dalam persaingan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menentang Newcastle, awal pagi Ahad ini.

today12 January 2024