Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sempena ‘Geng Subuh Macam Jumaat’, Taufik Batisah Laung Azan Di Masjid Singapura

today16 January 2024

Background


Alif Satar memperkenalkan inisiatif sebagai satu pembakar bakar semangat untuk anak muda beramai-ramai mengimarahkan masjid pada waktu Subuh dan inisiatif #gengsubuhmacamjumaat sudah mencetuskan fenomena.

Nampaknya, inisiatif ini bukan sahaja menerima sambutan baik dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi sudah mula diikuti negara jiran, Singapura.

Artikel Berkaitan:

Menerusi satu perkongsian oleh penyanyi dari Singapura, Taufik Batisah memaparkan dirinya melaungkan azan untuk kempen terbabit yang dianjurkan oleh syarikat Al Fajr di Masjid Mujahidin.

Perkongsiaan tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terpesona dengan suara merdu Taufik ketika melaungkan azan.

Menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat Taufik teruja untuk sertai lagi kempen ini dan Alif Satar turut meninggalkan komen berharap satu hari dirinya turut dapat bersama-sama dengan warga Singapura untuk solat subuh bersama.

Written by: Nur Syamimi


Previous post

Luar Negara

Hidup glamor dengan duit curi

London: Suami isteri dari selatan London, baru-baru ini, dihukum penjara selepas didapati mencuri di loker gimnasium sehingga membabitkan kerugian 250,000 pound sterling (kira-kira RM1.49 juta), © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 January 2024