Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gol Dramatik Ali Madan Robek Harapan Malaysia

today21 January 2024

Background
Malaysia


Jaringan minit akhir permainan oleh Ali Madan menghancurkan peluang Malaysia untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata selepas tewas 0-1 bertemu Bahrain pada aksi kedua kumpulan E Piala Asia 2023 yang berlangsung di Jassim Bin Hamad Stadium, sebentar tadi.

Kekalahan yang nyata sukar untuk ditelan penyokong setia skuad Harimau Malaya ketika mereka bertahan dengan cukup baik sepanjang permainan.

Artikel Berkaitan:

Dikritik hebat ketika tewas bertemu Jordan tempoh hari, barisan pemain negara tampil dengan lebih meyakinkan bertemu dengan pasukan tangga ke-86 ranking dunia itu.

Ketua jurulatih, Kim Pan-gon membuat beberapa perubahan dengan meletakkan Shahrul Mohd Saad, Dominic Tan, Syamer Kutty Abba dan Paulo Josue di kesebelasan utama.

Matthew Davies dan rakan sepasukannya beraksi dengan penuh berdisiplin ketika bertahan dan sesekali mencuri ruang untuk melakukan serangan balas pantas bagi mengimbangi penguasaan besar pasukan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Malaysia ubat duka benam Chile

Kuala Lumpur: Selepas gagal menamatkan kemarau 24 tahun ke Sukan Olimpik, pasukan hoki lelaki kebangsaan berpeluang untuk menamatkan kempen kelayakan Olimpik di Muscat, Oman, di kedudukan kelima selepas membenam Chile 5-0 pada aksi klasifikasi 5-8, hari ini.

today20 January 2024