Jordan meneruskan kemaraan ke separuh akhir Piala Asia 2023 selepas berjaya menundukkan Tajikistan 1-0 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Ahmed bin Ali Stadium, sebentar tadi.
Kemenangan tersebut juga sekali gus merupakan sejarah baharu buat Jordan yang pertama kali mara ke separuh akhir saingan paling berprestij di Asia itu.
Artikel Berkaitan:
Pencapaian terbaik Jordan dalam kancah Piala Asia adalah mara sehingga ke peringkat suku akhir edisi 2004, 2011 dan 2023.
Berada di ranking lebih baik berbanding Tajikistan, Jordan tampil garang sejak wisel permulaan ditiup pengadil dari China, Fu Ming.
Jordan mendapat peluang seawal minit ketiga menerusi Yazan Al-Naimat tetapi percubaan leret dari luar kawasan penalti dilepaskan penyerang tersebut sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Tajikistan.
Memasuki minit ke-35, rembatan padu Ali Olwan dari luar kawasan penalti pula dinafikan penjaga gol Tajikistan, Rustam Yatimov bagi menyelamatkan gawangnya daripada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: