Iran bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke separuh akhir Piala Asia 2023 selepas berjaya menundukkan Jepun 2-1 pada aksi yang berlangsung di Education City Stadium, sebentar tadi.
Kemenangan itu juga turut menebus kekecewaan Iran yang tewas 0-3 kepada lawan sama pada separuh akhir kejohanan edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Artikel Berkaitan:
Meskipun tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai aksi kedua-dua pasukan pada babak pertama tetapi anak buah Hajime Moriyasu berupaya mendapatkan jaringan pembukaan.
Gol tersebut berpunca daripada percubaan leret Hidemasa Morita dalam kawasan penalti yang gagal diselamatkan dengan baik penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand.
Beiranvand cuba untuk menghalang bola menggunakan kakinya tetapi bola tetap melambung masuk membolosi gawangnya untuk meletakkan juara empat kali itu dihadapan.
Penguasaan permainan ditampilkan Jepun pada setiap babak dilihat masih belum mencukupi kerana Iran yang lebih banyak mencipta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: