Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bayar RM8,000 Tapi Kereta Masih Rosak, Pemilik Bengkel Ugut Dan Pukul Pelanggan

today11 February 2024

Background


Angkara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebuah bengkel, seorang lelaki bertindak ‘menyerbu’ premis berkenaan sehingga akhirnya mencetuskan perang mulut dengan mekanik dipercayai pemilik bengkel.

Menerusi hantaran di Facebook yang dikongsikan oleh pemilik akaun bernama Lissa Qistina, difahamkan suaminya sudah membayar RM8,000 kepada bengkel tersebut untuk membaiki kerosakan enjin kereta jenis Mitsubishi Triton milik mereka.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun jelasnya, enjin kenderaan berkenaan masih mengalami kerosakan biarpun sudah ‘melabur’ ribuan ringgit.

“Pelik betul dengan pomen ni. Repair kereta sampai RM8,000 lebih. Engine still problem. Bila call dan WhatsApp tak nak reply.

“Tanya pekerja, pekerja suruh bincang dengan bos pula. Bila kita datang nak bincang, boleh dia pukul daddy (suami) dengan pekerja siap pegang daddy. Siap ugut-ugut lagi.

“Lagi cabar kita suruh buat report. Besar sangat kabel dia ni,” tulisnya yang dipercayai merujuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post