Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kutipan Cukai Tertinggi Dalam Sejarah, LHDN Raih RM183.3 Bilion Sepanjang Tahun 2023

today16 February 2024

Background


Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada hari ini telah memaklumkan tahun 2023 pihak mereka telah berjaya merekodkan kutipan cukai sebanyak RM183.3 bilion.

Kutipan yang diperoleh merupakan peningkatan sebanyak RM7.8 bilion atau 4.49 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, jumlah kutipan cukai itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah.

Difahamkan LHDN meletakkan sasaran kutipan cukai sebanyak RM197 bilion bagi tahun 2024 ini sekaligus mewakili pertumbuhan 7.47 peratus daripada jumlah yang dicapai tahun lalu.

Mengenai Program Pendedahan Sukarela Khas (SVDP) 2.0 yang sedang dijalankan, Abu Tariq berkata, LHDN telah menerima 64,748 kes pengisytiharan sukarela setakat 31 Januari 2024, berjumlah RM573.476 juta daripada pembayar cukai baharu dan sedia ada.

Abu Tariq menggesa pembayar cukai untuk mengambil bahagian dalam program itu, memastikan semua pendedahan yang diterima di bawah program itu akan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hairi Ariff


Previous post

Hiburan Semasa

Finas sedia bantu Sarimah dapatkan semula haknya

Kuala Lumpur : Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sedia menjadi perantara untuk mempertemukan seniwati legenda, Datuk Sarimah Ahmad, 82, dan penerbit yang didakwa mengambil pita asal empat filemnya dan mohon dipulangkan semula itu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 February 2024