Aksi pembukaan saingan Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu menyaksikan banyak cerita menarik walaupun hanya melibatkan empat perlawanan sahaja.
Dengan empat perlawanan berlangsung berikutan hanya lapan pasukan terlibat dalam Divisyen 1, 31 jaringan berjaya dihasilkan pada minggu pertama.
Artikel Berkaitan:
Yang paling mencuri tumpuan pastinya pertemuan melibatkan Shah Alam City menentang juara berganda musim lalu, Pahang Rangers.
Shah Alam City hampir melakar kejutan apabila berkelebihan dua jaringan ketika aksi hanya berbaki dua minit untuk ditamatkan.
Namun, skuad kendalian Gerard Casas Ullestre itu menyerap tekanan dengan baik untuk memastikan satu mata dibawa pulang ke Kuantan dengan keputusan penuh berkesudahan 6-6.
Dalam satu lagi yang berlangsung pada Sabtu lalu, skuad himpunan bintang, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk menundukkan Gombak TOT United 6-1 di Kompleks Sukan Negara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: