Mafidz, kugiran bergenre ‘folk-pop’ kini kembali dengan album baharu, ‘Teleportasi’ setelah enam tahun, sejak album sulung mereka diterbitkan pada tahun 2018 lalu. Album ‘Teleportasi’ berisikan 11 lagu yang ditulis dan diproduksi sendiri oleh tiga bersaudara, Megat Hafidz, Megat Fazly dan Megat Aizzat. ‘Teleportasi’ menampilkan sisi baharu muzik Mafidz, di mana golongan pendengar dibawa dalam ‘mood’ yang bervariasi, berbeza berbanding album terdahulu.
“Mafidz masih menjadikan folk sebagai genre utama di dalam album kedua ini, namun kami tidak hanya fokus kepada satu genre sahaja. Menerusi ‘Teleportasi’, Mafidz turut bereksperimen dengan genre alternatif-pop. ‘Teleportasi’ juga digarap dengan nafas baharu dengan kepelbagaian nada, di samping kami banyak bereksperimen dengan instrumen yang kami miliki. Perubahan paling ketara adalah dengan menampilkan penggunaan instrumen drum yang sebelum ini tidak digunakan sama sekali dalam album pertama….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: