Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pahang Rangers Raih Kemenangan Sulung, Tundukkan Selangor 8-4

today25 February 2024

Background
Pahang Rangers Selangor


Pahang Rangers meraih kemenangan sulung dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 selepas berjaya menundukkan Selangor 8-4 pada aksi yang berlangsung di Kompleks SUKPA, Kuantan sebentar tadi.

Anak buah Gerard Casas Ullestre itu tidak menunggu lama untuk berada dihadapan apabila Murilo Carlos Saad meledakkan jaringan pembukaan seawal minit pertama.

Artikel Berkaitan:

Tuan rumah menggandakan jaringan berselang dua minit kemudian menerusi Felipe De Souza yang menguis masuk sepakan penjuru Ahmad Harith Na’im Mohd Nasir.

Pahang Rangers terus garang pada minit keempat dengan jaringan ketiga oleh Muhammad Amirul Khairuddin pantas menyambar hantaran dilakukan Akmarulnizam Idris.

Memasuki minit ke-11, giliran Hamdin Zharif Mahmun pula mengukuhkan kedudukan buat juara bertahan itu hasil ledakan padu daripada luar kawasan D.

Selangor turut mendapat beberapa peluang terbaik pada babak pertama tetapi penyudah tumpul menggagalkan usaha anak buah Edgar Eder Baldasso…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Penamat cemerlang Van Eetvelt

Jebel Hafeet: Pelumba Belgium, Lennert Van Eetvelt menghasilkan penamat di puncak yang dramatik di Jebel Hafeet untuk meraih kemenangan peringkat terakhir sekali gus muncul juara keseluruhan Tour UAE hari ini.

today25 February 2024