PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP), syarikat usaha sama antara Kumpulan MMC dan Terminal APM, menandatangani perjanjian bersama Sany Marine Heavy Industry Co. Ltd untuk mendapatkan enam unit kren dermaga Kapal Kontena Ultra Besar (ULCV).
Perjanjian itu ditandatangani dalam majlis yang diadakan di PTP antara Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Mark Hardiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Sany Marine, Jeff Fu pada 23 Februari lalu.
Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berbesar hati untuk menyertai perkongsian strategik dengan Sany Marine, pemain utama dalam pembuatan peralatan pelabuhan.
“Pemerolehan enam kren dermaga ULCV ini mewakili satu langkah penting ke hadapan dalam komitmen kami untuk menyediakan keupayaan dan perkhidmatan peringkat teratas kepada pelanggan.
“Kren berteknologi maju ini akan meningkatkan keupayaan kami untuk mengendalikan jumlah kargo kontena yang sentiasa bertambah dengan cekap, memastikan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: