Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bitcoin Berjaya Mencapai Paras Harga Tertinggi Setakat Ini

today29 February 2024

Background


Berita baik buat pelabur kriptowang khususnya Bitcoin kerana selepas 3 tahun penantian, akhirnya Bitcoin kembali mencapai paras harga tertinggi.

Merekodkan nilai melebihi RM300,000 bagi 1 BTC di Malaysia, harga Bitcoin pada ketika ini sekaligus menunjukkan kenaikan lebih 170% dalam tempoh setahun buat para pelabur.

Tidak hanya memaparkan paras harga tertinggi di Malaysia, malah Bitcoin turut melakar sejarah di lebih 30 negara termasuk Filipina, Jepun dan Korea Selatan.

Kenaikan ini turut dikaitkan dengan pelaburan Bitcoin ETF yang diluluskan beberapa bulan dahulu. Selain itu, Bitcoin ‘halving’ yang bakal berlangsung pada April ini memberi keyakinan kepada pelabur bahawa kriptowang ini mampu mencapai nilai yang lebih tinggi kelak.

Written by: Hairi Ariff


Previous post

Luar Negara

Korban di Gaza sudah melebihi 30,000

Semenanjung Gaza: Kementerian kesihatan kendalian Hamas pada Khamis berkata, lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak perang meletus antara Israel dan pejuang Hamas hampir lima bulan lalu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today29 February 2024