Penantian 18 bekas pemain Terengganu City FC (TCFC) yang menunggu tunggakan gaji hampir enam tahun berakhir apabila mendapat dana bantuan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Dana ini merupakan peruntukan khas di bawah FIFA Fund for Football Players (FFP) yang merupakan inisiatif bersama oleh FIFA dan FIFPRO untuk membantu pemain – pemain di seluruh dunia yang masih mempunyai tunggakan bayaran daripada kelab yang telah ditutup secara rasmi atau muflis.
Baca Juga:
Perkembangan itu diumumkan oleh Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) di laman sosial rasmi.
Sejumlah 18 permohonan telah diluluskan oleh FIFA, yang mewakili pemain tempatan dan merupakan bekas pemain Terengganu City FC.
KENYATAAN PFA MALAYSIA MENGENAI BANTUAN DANA FIFA
PFA Malaysia (PFAM) ingin mengumumkan bahawa kami telah menerima berita daripada FIFPRO mengenai kelulusan bantuan dana FIFA.
Baca penuh 🔗 https://t.co/922iW6DYMR#PFAMalaysia #SupportingThePlayers
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: